MELAKA - Beruntung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru ini apabila mendapat khidmat bekas pelajar yang merupakan penyanyi dan pelakon tersohor negara untuk mempromosikan kempen pertandingan setelah terpilih ke peringkat kebangsaan.

Pengetuanya Ab Malek Kasim berkata, setelah terpilih mewakili Melaka dalam Pertandingan Patrol Denggi peringkat kebangsaan, pihaknya menggunakan bekas pelajar, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat yang merupakan penyanyi terkenal untuk mempromosikan kempen.
"Selebriti seperti Aida Jebat mempunyai ramai peminat, dengan itu kempen patrol denggi kita lebih cepat  tersebar kepada masyarakat luar.

"Selain itu, kami turut adakan Program Gotong-royong Perdana bersama komuniti serta mini konsert di Jonker Walk Bandar Hilir baru-baru ini dalam usaha memerangi denggi dan memberi kesedaran kepada masyarakat," katanya.

Ab Malek turut berharap sekolahnya akan mendapat  tempat pada peringkat kebangsaan nanti.
"Kami akan berusaha sedaya upaya.. kami tahu persaingan antara negeri sangat hebat," katanya.
Pada ada hari yang sama sekolah tersebut turut melancarkan Perasmian Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusian Jabatan Pendidikan Melaka, Jasmi Abu Samah.



Bacaan penuh : GPS Bestari

Sumber : GPS Bestari